Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan

https://www.youtube.com/watch?v=wMAGoEobSx0

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Cadangan Untuk Membantu Kanak-kanak Masalah Pembelajaran

a) Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit
Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid lembab membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar. Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelas dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak lembam dapat melihat perkara yang diajar.

Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-murid lembam akan mempertingkatkan keupayaan mereka. Contohnya, ketika mengajar subjek sains guru hendaklah menunjukkan contoh yang konkrit kepada murid bermasalah pembelajaran.

isi padu air

b) Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan ‘Power Point’ dalam komputer dan ‘electronic dictionary’ dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang ‘stereotype’. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986).

power point

c) Terapi Hidro
Selain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.
Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air.

Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanak-kanak “water confidence”. Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut.

terapi air

d) Cara Kerja
Cara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner, sindrom down, disleksia atau terencat akal menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut.

guru

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kanak-kanak Sindrom Down

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kepentingan Teknologi untuk Kanak-kanak Masalah Pembelajaran

Teknologi maklumat memainkan satu peranan yang amat penting dalam kehidupan disamping membantu Malaysia bergelar sebuah negara maju.Oleh itu pengajaran &  pembelajaran berteraskan komputer telah dikenal pasti sebagai satu bahan yang dapat membantu guru dan pelajar terutama dalam Pendidikan khas secara amnya.
download
Jaringan teknologi yang luas sekarang tidak membataskan penggunaannya sama ada di peringkat umur sama ada muda atau tua, guru atau pelajar mahupun pelajar2 yang berkeperluan khas. Dengan adanya kemudahan ict pada hari ini mampu meningkatkan lagi kefahaman dan penguasaan pelajar2 terhadap sesuatu pengajaran terutamanya pelajar2 Pendidikan khas yang memerlukan peralatan khas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Maka, hal ini telah memudahkan proses p&p.
 Disamping itu, ict dalam pendidikan khas juga mempunyai beberapa kelebihannya yang tersendiri antaranya, ict ini dapat memberi peluang yang sama kepada semua pelajar khas yang mempunyai pelbagai keupayaan untuk meneroka ilmu penetahuan mengikut keupayaan mereka masing2
Selain itu,ict dalam pendidikan khas juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Pelajar2 khas ini juga seperti kanak-kanak lain, menginginkan sesuatu yang menyeronokkan dalam pembelajaran. Maka, pembelajaran berbantukan komputer amat sesuai dipraktikkan agar proses p&p dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pembelajaran yang menggunakan komputer juga memberi peluang kepada pelajar2 khas belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. Mereka dapat mengakses maklumat dengan cepat dan ianya dapat dilakukan secara individu.
Dibawah merupakan contoh2 lain kepentingan ICT dalam Pendidikan Khas:-
*Meningkatkan motivasi murid
*Membolehkan pembelajaran bersendirian (individualisme learning)
* Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
*Membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan
*Membolehkan murid mencuba atau melaksanakn eksperimen yang sukar ,terlalu mahal,mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa
*Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
* Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Ciri-ciri Kanak-kanak Masalah Pembelajaran

Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:

images

  1. Ciri-ciri fizikal

Tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal tetapi lebih kecil tubuhnya berbanding kanak-kanak lain disebabkan gen tertentu.

  1. Ciri-ciri intelek
  • Lewat matang
  • Rendah daya ingatan
  • Rendah pengamatan
  • Kebolehan berbentuk kreatif.
  • Kesediaan belajar adalah rendah, mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.
  1. Ciri-ciri sosial dan peribadi
  • Mempunyai bidang perhatian yang singkat
  • Kurang tumpuan
  • Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang
  • Tingkah laku yang berbeza.
  • Minat sama dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Apa Itu Masalah Pembelajaran????

Menurut Individual with Disabilities Education Act (IDEA) 1997, masalah pembelajaran  didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.

Terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran antaranya ialah:

  • Ciri-ciri fizikal
    Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

  • Ciri-ciri intelek
    Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif.

  • Ciri-ciri sosial dan peribadi
    Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkah laku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Hello world!

Welcome to WordPress.com! This is your very first post. Click the Edit link to modify or delete it, or start a new post. If you like, use this post to tell readers why you started this blog and what you plan to do with it.

Happy blogging!

Posted in Uncategorized | 1 Comment